Nasional

Hanipa tidak merajuk dengan pelajar sekolah buat bising

KECOH di media sosial apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin  dikatakan tiba-tiba meninggal majlis ketika sedang memberi ucapan di SMK Putra Perdana semalam.

Tangkap layar Whatapp kumpulan PIGB sekolah yang dikongsi di media sosial mendakwa kononnya Hanipa merajuk dengan sikap segelintir pelajar yang berbual ketika beliau sedang memberikan ucapan.

“Biadap sungguh Ahli Parlimen Sepang yang hadir ke SMKPP pagi ni. Dia sedar ke siapa yang mengundi dia sampai jadi wakil rakyat.”

“Rasa macam nak lempang je masa dia berjalan keluar di sebelah saya.”

“Maaf ye boleh bagi summary sikit kenapa beliau merajuk sebenarnya.”

“Pasal anak-anak bercakap sikit masa dia tengah bercakap tu je.”

“Dia tegur pastu duduk kemudia bangun terus balik.”

“Small matter only.” Tulis pada tangkap layar Whatapp yang dikongsi.

 

Bagaimanapun Pegawai Media Hanifa, Anas As-Saod Zaharuddin menafikan Ahli Parlimen Sepang itu merajuk hingga meninggalkan majlis.

Menurut Anas, Hanipa telahpun mengingatkan pegawainya agar majlis tersebut mengikut masa yang ditetapkan kerana beliau perlu bergegas ke Jabatan Perdana Menteri selepas itu kerana dijadualkan menghadiri sidang akhbar.

Anas berkata, Ahli Parlimen itu sudahpun resah apabila guru sekolah terbabit memberikan ucapan aluan yang agak panjang.

Ketika Hanipa menyampaikan ucapan, beliau terhenti apabila ada segelintir pelajar lelaki membuat bising seperti tidak menghormati majlis.

Keadaan hanya senyap apabila Ahli Parlimen Sepang itu menegur kelompok pelajar berkenaan dengan berkata, ‘sila tunjuk adap kita dengan menghormati bila orang sedang berucap di hadapan dan memberi tumpuan’.

Menurut Anas, bunyi pelajar berbual tersebut benar-benar mengganggu kosentrasi Hanipa berucap namun ketika timbalan menteri itu menegur pelajar bekenaan beliau telahpun mengakhiri ucapan perasmiannya.

“Keberangkatan beliau dari majlis tidaklah seperti yang diuar-uarkan oleh warganet.  Sebaliknya sebaik selesai berucap YB Hanipa sempat bersalaman dengan barisan vip dan guru-guru kanan sekolah serta memaklumkan beliau perlu mengundur diri dan perlu bergegas ke satu sidang media yang diketuai oleh beliau sendiri di JPM.

“”YB telah memaklumkan hal tersebut kepada pihak guru besar sambil sempat bersalam dengan beliau. Ia tiada kaitan sama sekali dengan isu pelajar membuat bising,” terang Anas.

Menurut Anas, sidang akhbar Timbalan Menteri JPM yang menjaga undang-undang itu berkaitan dengan perang habis-habis terhadap fitnah dan berita palsu di media sosial.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button