Nasional

Hamad Kama Pengerusi Mara Corp jalani pembedahan otak

PENGERUSI Mara Corporation (Mara Corp) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menjalani pembedahan otak selepas dilaporkan terjatuh.

Ketua Pegawai Eksekutif Mara Corp, Julainie Salleh berkata, doktor mengesahkan terdapat darah beku dalam otak dan pembedahan berlangsung selama tiga jam di sebuah hospital swasta di ibu negara semalam.

“Mari berdoa agar Tan Sri (Hamad Kama Piah) kembali sihat seperti sediakala,” katanya menurut Kosmo.

Menurut laporan itu, Hamad Kama Piah yang juga bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak sedarkan diri sejak terjatuh di tandas pejabatnya selepas mesyuarat Lembaga Pengarah, kira-kira jam 7.09 malam tadi.

Sejurus itu, beliau dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans dan keluarganya juga sudah berada bersamanya sejak dimaklumkan. – SM

BACA MARA Corp diberi tanggungjawab hidupkan MARA Digital Mall

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button