Agama

Haji pemangkin penyatuan ummah – Pemangku Raja Perlis

Ibadah haji yang dilaksanakan umat Islam saban tahun adalah pemangkin kepada penyatuan ummah yang dianjurkan dalam agama.

Pertemuan tahunan terbesar Umat Islam ini telah menyerlahkan lagi tuntutan Islam agar seluruh umat tanpa mengira latar belakang negara, bangsa, dan kumpulan yang perlu mengutamakan perpaduan kepada teras kegemilangan Islam.

Demikian dititahkan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut kenyataan media Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sejurus selepas Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat tiba di penginapan di Hayyu Aziziah, Mekkah, Arab Saudi bagi mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.

Menyambut keberangkatan Baginda berdua ialah Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Urusan Tabung Haji, yang juga merupakan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Isteri, Datin Sri Junaida Ahmad dan kepimpinan tertinggi Tabung Haji, pengurusan daripada Suite Al Maqam Hotel Aziziah dan juga wakil daripada MKM Ticketing Travel & Tours.

Berangkat sama adalah anakanda-anakanda Baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Sharifah Farah Adriana Jamalullail serta Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut mengiring ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button