Agama

Haji Akhbar, Pasti Banyak Dugaannya!

SEBENARNYA semakin hampir hari Arafah iaitu berbaki sekitar tiga hari para jemaah semakin berdebar.

Walaupun ramai yang masih mampu mengukir senyuman, tetapi hakikatnya dalam hati Allah sahaja yang mengetahui.

Banyak yang belum jelas dan pelbagai kemungkinan berlaku apabila musim pertama dibuka selepas pandemik Covid-19.

Terkini Tabung Haji menasihatkan para jemaah melaksanakan niat haji bersyarat akan bertahalul jika terhalang oleh pihak berkuasa.

Langkah berkenaan bagi mengantisifasi kemungkinan para jemaah tidak dibenarkan memasuki Arafah jika sesuatu berlaku seperti penularan wabak dan sebagainya.

Tanpa Arafah bermakna tiada haji bagi tahun ini. Bagi jemaah yang berniat haji tamattu perlu bercukur atau tahalul dan bagi yang berniat haji ifrad perlu membayar dam seekor kambing bagi membebaskan diri daripada larangan berihram.

Marilah seluruh umat Islam berdoa agat musim haji kali ini berjalan lancar tanpa kejadian yang tidak diingini.

Doakan juga seluruh jemaah beroleh haji akhbar yang mabrur

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button