Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersetuju memberikan rebat 100 peratus secara one-off untuk bil bulan Disember.
Selain bertujuan meringankan beban mangsa banjir, ia memberi manfaat kepada 72,000 pengguna domestik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu dalam media sosial rasminya, rebat tersebut melibatkan peruntukan RM9 juta.
“TNB juga bersetuju untuk turut bantu kediaman milik keluarga B40 yang terjejas.
“Untuk pengetahuan, TNB sudah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian secara percuma dengan sokongan PERNISMA, TEEAM, TNB ENERGY SERVICES dan kontraktor elektrik bertauliah, sejak Jumaat lalu,” kongsi Ismail.
Ismail menulis demikian menerusi Facebooknya sekali gus melaksanakan program Gotong-Royong Keluarga Malaysia di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, hari ini.
Dalam pada itu, Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada para kontraktor elektrik yang terlibat dalam usaha baik pulih dan goton royong tersebut.
“Terima kasih saya ucapkan kepada kontraktor elektrik yang menjalankan kerja-kerja ini secara sukarelawan di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur,” tulisnya.