Hiburan

GV oh! GV

MINGGU lepas ramai yang melekat di depan televisyen kerana menunggu siaran secara langsung program realiti televisyen Gegar Verganza musim baharu.

Sebelum bermula GV6, program realiti Big Stage menutup tirai dengan juara diberi kepada penyanyi dari luar, K-Pop. Tahniahlah walaupun Neeta, anak tempatan, anak Malaysia tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan sang juara.

Rezeki! Itulah istilah untuk menyedapkan hati tetapi hakikatnya, pertandingan dalam negara kita sendiri, juaranya kita bagi pada orang luar.

Bukalah minda, bukalah mata. Cuba beralih tengok acara atau pertandingan nyanyian yang dilangsungkan oleh Indonesia. Adakah juaranya orang luar? Penyanyi luar? Penyanyi dari negara jiran seperti kita, Malaysia pun tidak pernah menjuarai pertandingan nyanyian yang mereka adakan.

Mengapa? Kerana mereka amat menghargai rakyat mereka sendiri, anak tempatan. Penyanyi tanah tumpah darah sendiri. Kita? Mudah-mudah sahaja bagi rezeki kepada penyanyi yang bukan anak Malaysia.

Sehebat manapun penyanyi luar, apa kurang hebatkah penyanyi kita? Memang ramai yang takut untuk bersuara kerana nanti tak boleh nak cari makan. Tetapi cuba kita tengok dan nilai.

GV6 kelmarin ialah minggu kedua. Ya, semua sudah tahu keputusannya. Dan ada yang mungkin tertanya-tanya, siapakah Mazleela yang tersingkir malam tadi?

Sejarah Mazleela, cukup sekadar diberitahu bahawa dia pernah menjadi artis di bawah label Suria Records (SRC). Ya, pernah sebumbung dengan penyanyi tersohor tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kalau melihatkan persembahan para peserta GV6 kali ini, dua setengah peserta adalah rakyat Singapura. Hardy Mirza (Singapura), Jatt Ali (Singapura) dan Wann (bersuamikan rakyat Singapura dan menetap di negara republik itu – separuh Malaysia, separuh lagi Singapura).

Yang benar-benar peserta Malaysia bolehlah dikira sendiri daripada jumlah keseluruhan peserta GV6.

ONE Nation Emcees dengan dua muka baru, dua mingu berturut-turut mempamerkan persembahan yang bertenaga, penuh pentas dan menghiburkan. Ahad lagu, diberi lagu sendiri berjudul Raja Gelek untuk dipersembahkan di hadapan tiga juri termasuk juri jemputan yang bertukar setiap minggu. Itu mengikut konsert GV.

Raja Gelek daripada ONE Nation Emcees siap gelek, lengkap dengan kostum yang menarik. Yang peliknya, mengapa kedudukan mata yang diberi kepada kumpulan ini minggu lepas hampir-hampir di tangga corot?

Tak cukup baguskah di mata ketua juri, juri dan juri jemputan? Okay! Kita tidak usah kita masukkan pandangan daripada juri jemputan.

Dari minggu lepas, minggu pertama atau minggu pengenalan sehingga ke minggu kedua, kelmarin, juri jemputan komennya umpama halimunan.

Dialog berbunyi, “Saya suka suara awak. Suara awak nampak mengah. Pernafasan awak bagus. Masa mula-mula suara awak macam tak sampai. Awan nampak charming. Saya suka.” Apoooo… luah rakan Pegawai Perhubungan Awam (PR) sebuah label syarikat rakaman yang turut berkongsi rasa dengan penulis apabila menonton komen juri GV6.

Dalam erti kata lain, walaupun juri jemputan, biarlah cerdik bagi komen. Oh! Ya. Ketua juri terlupa nak bagi panduan atau briefing sistem pemarkahan yang perlu diambil kira oleh para juri. Ini kenyataan berani yang menyeramkan!

Komen-komen yang langsung tidak membantu para peserta, elok-eloklah difikirkan semula. Jadilah juri yang tahu untuk memberi komen yang membina atau constructive criticism.

Kita sebenarnya masih lagi berada dalam suasana industri hiburan kita semakin tenat. Jadi, mengapa dibiarkan seni kita dirobek maruahnya, digadai maruah dan kredibiliti demi wang? Janganlah jadi pihak yang mengikut telunjuk pihak yang lagi satu semata-mata takut kehilangan job.

Bagilah markah kepada para peserta dengan tidak meletakkan mata peserta yang sepatutnya tinggi, di tangga rendah. Kalau bukan ONE Nation Emcees sekalipun, berlaku adillah kepada para peserta tanah air sendiri yang mengambil bahagian dalam pertandingan reality televisyen yang mencipta kegahannya – GEGARRRRR VEGANZA! – SUARA MERDEKA

Kredit: FACEBOOK Gegar Vaganza – ONE Nation Emcees

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button