JenayahNasional

Guna kontena seludup heroin di Pelabuhan Brisbane

KEMENTERIAN Pengangkutan memberi jaminan akan menyiasat pelabuhan digunakan kartel untuk menyeludup bahan terlarang.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya belum mendapat maklumat berhubung kes penyeludupan heroin melalui kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac lalu.

“Apa-apa kargo dari Malaysia yang menggunakan pelabuhan kita untuk angkut bahan larangan adalah kesalahan serius.

“Kementerian Pengangkutan akan mendapatkan maklumat mengenai pelabuhan mana dan kita akan siasat pelabuhan itu,” katanya menurut Harian Metro.

Semalam, polis mengesahkan laporan pihak berkuasa Australia berhubung rampasan 336kg heroin yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane bulan lalu.

Setiausaha polis, Noorsiah Mohd Saaduddin dilaporkan berkata, dadah itu dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berpandukan maklumat diterima dari Australia sebelum mengambil tindakan lanjut.

Minggu lalu, polis Australia memaklumkan Pasukan Sempadan Australia (ABF) mengesan dadah itu disorok dalam dua blok konkrit simen seberat 500kg dan semakan mendapati penghantaran itu diisytiharkan aksesori panel solar dalam kontena yang tiba di Pelabuhan Brisbane pada 13 Mac lalu. – SM

BACA Cubaan seludup diesel 8,000 liter bernilai RM16,000 ke negara jiran gagal

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button