Ekonomi

Grab perkuatkan komitmen kepada kemudahan dan keselamatan

Setelah lebih 95 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksinasi sepenuhnya dan mula menerima idea mengamal norma baharu dalam pelancongan dan perjalanan, Grab melihat peningkatan permintaan untuk penghantaran guna kenderaan.

Oleh demikian, Grab berkongsi panduan enam langkah yang telah dikemas kini ke arah pergerakan lebih selamat dengan GrabProtect yang berasas kepada pelbagai usaha yang telah diperkenalkan demi menjamin keselamatan kedua-dua pengguna dan rakan perkhidmatan.

Ketua Operasi Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, walaysia kini kembali kepada rutin harian masing-masing dan lebih ramai telah keluar rumah dan turut menempah pengangkutan secara lebih kerap.

” Platform kami yang menyedia kemudahan dan pilihan pengangkutan yang selamat kini turut dilengkapi dengan polisi GrabProtect sebagai usaha melindung kesihatan dan keselamatan para pengguna.

“Kami berharap langkah ini dapat memberikan ketenangan minda kepada komuniti dan orang ramai ketika mereka melazimi norma baharu ini, manakala rakan pemandu dapat menjalankan tugas demi mencari punca pendapatan secara tenang menerusi platform kami,” katanya dalam kenyataan.’

Related Articles

Katanya, komitmen kepada kesihatan dan keselamatan demi ketenangan minda GrabProtect adalah suatu inisiatif yang membantu memantapkan standard keselamatan dan kebersihan pada platform kami. Kami memberi tumpuan kepada usaha membantu anda tiba ke destinasi dengan cekap dan selamat.

Pendekatan kesihatan dan keselamatan 6 Langkah GrabProtect ke arah pemanduan selamat termasuk:

  • Borang isytihar kesihatan

Semua rakan pemandu dan penghantar, termasuk penumpang dikehendaki melengkapkan pengisytiharan kesihatan sebelum memulakan pemanduan, menghantar pesanan atau menempah naik kenderaan. Pemandu pula dikehendaki menyempurna pengisytiharan kesihatan dan kebersihan secara dalam talian sekurang-kurangnya sekali sehari, manakala penumpang dikehendaki  melaksana perkara sama sebelum membuat tempahan perjalanan.

  •  Wajib memakai pelitup muka

Rakan pemandu dan penghantar Grab dikehendaki memakai pelitup muka setiap kali menggunakan platform Grab dan syarat sama dikenakan kepada penumpang. Jika salah satu pihak muncul dengan tidak memakai pelitup muka, penumpang dan rakan pemandu boleh membatalkan tempahan dengan memilih “pemandu/penumpang tidak memakai pelitup muka” (“driver/passenger did not wear a mask”) sebagai alasan pembatalan.

  • Sanitasi dalam kenderaan

Grab telah memastikan rakan pemandu dan penghantar dilengkapi dengan pelitup muka dan kit kebersihan untuk melindungi kenderaan dan beg penghantaran masing-masing. Perkhidmatan nyah kuman (disinfection) terhadap kereta dan beg penghantaran disediakan dengan kadar subsidi bagi manfaat pemandu Grab dan rakan penghantar di lokasi pilihan.

  • Pemantauan Perjalanan

Bagi memasti keselamatan kedua-dua rakan pemandu dan penumpang, Grab mengguna pelbagai isyarat untuk mengesan sebarang kejanggalan ketika sesuatu perjalanan. Antaranya termasuk pemantauan isyarat perjalanan seperti GPS, keadaan trafik dan risikan peta. Butiran akan dikongsi dengan pihak berkuasa jika didapati keselamatan penumpang atau pemandu terancam.

  • Butang Kecemasan (Emergency Button)

-Menyediakan ketikan sehenti bagi mendapat bantuan kecemasan, 24/7, 365 hari setahun. Polis dan ambulan menyusul mengikut respon yang diberi. Penumpang boleh menambah dan memboleh sedia nombor Perhubungan Kecemasan pada ikon setting yang akan dihubungi secara automatik sebaik punat kecemasan diketik.

  • Kongsi Perjalanan Saya (Share My Ride)

Ciri ini memboleh penumpang berkongsi maklumat perjalanan dengan orang tersayang melalui satu pautan yang boleh dikongsi. Butir perjalanan dapat dikesan menerusi sebuah laman web yang dipaparkan sebaik mengetik pautan berkenaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button