Gol tunggal Sterling tewaskan Czech, Croatia mara ke pusingan kalah mati
JARINGAN awal Raheem Sterling membantu England menewaskan Republik Czech 1-0 di Wembley sekali gus menguasai carta liga Kumpulan D Euro 2020.
Gol tandukan seawal minit ke-12 itu turut menandakan England bakal kembali ke Wembley pada pusingan kalah mati minggu depan menentang pasukan tempat kedua Kumpulan F yang akan ditentukan hari ini.
Pengendali England, Gareth Southgate melakukan empat perubahan dalam pasukan yang dikritik hebat selepas sekadar mencatatkan keputusan 0-0 ke atas Scotland dengan menurunkan Jack Grealish dan Bukayo Sako buat kali pertama dalam pertandingan itu.
Pemain tengah Chelsea, Mason Mount tidak diturunkan kerana menjalani kuarantin mengikut syarat protokol Covid-19 dengan Southgate memilih untuk merehatkan Phil Foden bagi mengelakkan risiko penggantungan.
Pertahanan Manchester United, Harry Maguire turut membuat penampilan pertama di Euro Euro 2020 bersama-sama John Stones di pertahanan tengah. – SM