Bola SepakSukan

Giroud masih berbisa, Perancis benam Bulgaria

Olivier Giroud memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi buat Perancis dengan menjaringkan dua gol ketika Les Bleus mengalahkan Bulgaria 3-0 dalam perlawanan pemanasan Euro 2020 terakhir.

Giroud menjarikan gol antarabangsa yang ke-45 dan ke-46 setelah menggantikan Benzema yang cedera.

Benzema, yang lebih lima tahun tidak menyarung jersi Perancis akhirnya mendapat kepercayaan Didier Deschamps untuk turun pada minit ke-41.

Perancis membuka kempen Euro menentang Jerman di Munich pada Selasa depan sebelum menentang Hungary dan juara Eropah Portugal dalam Kumpulan F.

Permainan ini dihadiri oleh 5,000 peminat hampir lapan bulan selepas Les Bleus kali terakhir bermain di hadapan orang ramai berbanding Portugal.

Kylian Mbappe mengancam dari awal, melorong bola kepada Benzema di dalam kotak penalti tetapi cubaan penyerang Real Madrid itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Daniel Naumov.

Perancis menguasai perlawan sepenuhnya dan Griezmann menghukum kealpaan benteng lawan dengan menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-29.

Penyerang veteran Chelsea itu sebelum ini lebih banyak memanaskan kerusi simpanan dan sedang dipancing oleh kelab Perancis, Lens dan Fenerbahce.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button