Hiburan

Giler gaji Youtuber boleh banyak macam tu, RM90,000

BARU-baru, pempegaruh media sosial, Zukie Mohammad berkongsi pendapatan yang pernah diraihnya sepajang bergelar kandungan di media sosial atau ‘YouTuber’.

Dalam sasi podcast itu, Zukie memberitahu dia pernah meraih sebanyak RM90,000 sebulan menerusi satu drama komedi yang dilakukan.

 

‘’Paling tinggi aku pernah dapat sebanyak RM90,000 sebulan tapi tak pernahlah cecah sampai RM100,000.Waktu itu aku buat drama bersiri bertajuk ‘Night KL’ sebanyak 14 episod, seminggu satu episod.

Tambahnya lagi, nilai pendapatan yang diraihnya itu bukanlah satu perkara mengejutkan kerana dakwanya terdapat pempengaruh lain yang pernah mencecah sehingga RM200,000 sebulan.

 

‘’Setiap bulan itu aku akan dapat RM70,000, RM80,000 sampailah dia naik jadi RM90,000. Selepas itu nilai itu mula turun baliklah.Benda itu tak mengejutkan pun sebab ada lagi (YouTuber) yang pernah dapat sampai RM200,000.

Walau bagaimanapun, pempengaruh berusia 32 tahun ini memaklumkan bahawa seseorang ‘YouTuber’ itu perlu memberikan sepenuh komitmen untuk memastikan diri mereka terus relevan dalam kalangan komuniti platform berkenaan.

 

Dan sebagai seorang YouTuber ini, seseorang itu perlu berikan sepenuh komitmen. Sebagai contoh, kalau nak muat naik satu hari, satu video jadi memang kena disiplin buat macam itu.

 

‘’Sebab apa tau? 80 peratus daripada penonton yang menonton video Youtuber bukan daripada orang yang ‘subscribe’ channel tapi adalah daripada ‘recommendation’ YouTube itu sendiri.

Kreadit Oh Bulan.

Artikle Berkaitan :>

Youtuber buat content berani mati, tanam diri bersama ular sawa

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button