NegeriTravel

Gerbang Laut ditemui di Bukit Besi Hangit, Kangar

SEBUAH Gerbang Laut yang terbentuk daripada batu telah ditemui di kawasan Bukit Besi Hangit, Kangar. Ia berlaku tanpa kehadiran ‘sandstone’ kerana terletak jauh dari pantai sebaliknya ia berada di kawasan bukit batu kapur yang berusia jutaan tahun.

Difahamkan Gerbang Laut yang terhasil ini unik kerana bentuk tiang gerbangnya yang hampir dalam keadaan menegak.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan dipersembahmaklu oleh Syamil semasa singgah melihat Gerbang Laut di Bukit Besi Hangit, Kangar sempena mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli.

Ia dikatakan berlaku dari aras lautan kuno yang lebih tinggi pada 6,000-10,000 tahun lampau dikatakan telah membentuk formasi batuan ini yang berpunca daripada hakisan air.

Turut ditemui juga fosil gastropod dan trilobite yang melekat pada batu kapur menjadi penentu kepada usia batuan negeri Perlis berusia sekitar 480 juta tahun.

Dengan penemuan ini, ia wajar dipelihara dan dicadangkan sebagai salah satu geotapak bagi Perlis Geopark.

Maklumat tersebut dipersembah maklumkan oleh Pengerusi Persatuan Penjelajah Alam Negeri Perlis, Syamil Abd Rahman pada sesi lawatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke lokasi berkenaan baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyantuni asnaf semasa mengurniakan sumbangan bantuan MAIPs sempena Kayuhan MAIPs Peduli sekitar Kangar.

Menurut Syamil terdapat sebuah lagi gua di bukit yang sama yang dikenali sebagai Gua Gergasi merupakan salah satu gua arkeologi yang telah dilupakan tetapi pernah menggemparkan negara sekitar tahun 1985.

Ini berikutan dengan penemuan beliung batu dan tembikar berkaki tiga (tripod) yang merupakan penemuan penting kepada bukti masyarakat neolitik hoabinhian yang sinonim dengan negeri Perlis.

Ia ditemui oleh murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra di Jalan Padang Katong, Kangar termasuk juga terdapat serpihan fosil dagu manusia.

Penemuan ini jelas merujuk bahawa gua tersebut pernah dijadikan sebagai tapak pengkebumian masyarakat neolitik kira-kira 5,000 tahun lampau.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra adalah ketika mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kangar yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Ia bertujuan untuk menyantuni asnaf yang terpilih. Masing-masing menerima sumbangan MAIPs berupa wang tunai RM700, Kits MAIPs Peduli beserta beras Fidyah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli.

Pada tahun ini program kayuhan ini turut melibatkan destinasi-destinasi menarik sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

Raja Muda turut berkenan menyampaikan sumbangan tersebut kepada Ramli Mat Isa, 80 dari Kampung Behor Empiang dan Hasidan Othman, 72, serta Milah Daud, 69 yang keduanya dari Kampung Ujung Bukit. – SM

BACA Penggiat industri pelancongan perlu bekerjasama – Raja Muda Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button