Geng-geng RXZ dari luar Terengganu ramai kena ‘pukat’ dengan sengaja
RXZ 5.O. Sekat dan pukat. Ya betul, salah tetap salah. Itu kita tak boleh lari. Tapi apalah salahnya, tunggu selepas acara betul² selesai, barulah buat operasi besar² an. Terpulanglah, nak sekat, nak saman nak pukat atau sita.
Acara RXZ ni dah jadi acara tahunan negeri Terengganu. Acara yang membuka seluas² ruang kepada pengusaha tempatan tak kira dari semua cabang perniagaan. Yang menjual makan dan minum, yang jual barang mainan, yang gigih memperkenalkan keunikan negeri Terengganu dan tak lupa, buat pengusaha homestay, inilah masanya mereka merebut peluang yang ada, nak harapkan sepanjang tahun ada penyewa mungkin jauh sekali.
Hanya Perlu Klik, Sertai Group Whatsapp Ini Adalah Percuma
‘RXZ in the eyes of Asian’ jauh misi nak memperkenalkan Malaysia ke serata Asia tapi apakan daya, RXZ hanya dipandang enteng, segerombolan motor budak² nakal yang takda masa depan di mata penguasa, penganggu jalan raya yang liar dengan bunyi pipe. Ada, bukan semua cuma segelintir. Yang berpesta dengan KPOP, dengan artis GAY, mabuk dan mengganggu gugat bangsa dan agama tidak pula di usik, sekadar bercakap di media tiada tindakan.
RXZ 5.0 memberi impak buruk pada Terengganu tu sendiri dengan teriakkan ‘ Terengganu Problem’. Bosan, mungkin takkan ada sambutan untuk acara RXZ 6.0 nanti sekaligus menutup peluang rakyat Kuala Terengganu untuk mencari rezeki lebih melalui acara sedemikian.
‘Terengganu Problem’ . Pemotoran untuk semua. Jangan ‘select’ dan letakkan kasta. RXZ sekadar hobi bukan jenayah. Patut diperbaiki dan di perhalusi. Bukan terus serkap dan pukat. Lebih teruk di sita. Nak datang untuk acara ni pun makan masa dan duit. Dah sampai, barai bai. Dia datang seluar pendek, selipar jamban mai pukat.
Kredit: Muhammad Talmizi Wahab