Generasi muda perlukan sistem lebih kompetitif untuk ‘bernafas’ – Syed Saddiq
SISTEM pendidikan – pekerjaan yang wujud di Malaysia boleh dikatakan masih lapuk dan tidak membantu perkembangan generasi muda membina kehidupan.
Ujar Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Rahman berpendapat masyarakat sudah ditanam dengan idea apabila habis belajar, mereka menjadi generasi berstatus tinggi.
“Bila habis sahaja belajar, tidak semestinya terus dapat bekerja. Ada yang terpaksa bayar hutang yang tinggi dengan kadar gaji yang rendah.
“Apa yang generasi muda perlukan sekarang adalah sistem yang lebih kompetitif dengan negara-negara maju lain,” katanya dalam satu petikan di Facebook Parti Muda Malaysia.
Bagi Syed Saddiq, sistem yang lebih komprehensif mampu sediakan pelajar yang lebih bersedia dengan dunia pekerjaan.
“Sistem lapuk yang menyusahkan generasi muda perlu dihapuskan dan digantikan dengan laluan yang lebih membantu,” katanya. – SM