Gencatan politik atau benarkan peralihan kuasa secara aman kepada Anwar – Fahmi
PILIHAN Raya Umum (PRU) tidak diperlukan ketika ini dan untuk memastikan kestabilan politik di negara ini para Ahli Parlimen boleh mengusahakan sesuatu termasuk gencatan politik.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, tidak ada cara lain untuk menyelesaikan kebuntuan politik, ketidakstabilan politik adalah melalui penyelesaian politik.
Satu cara lagi katanya ialah dengan membenarkan pemindahan kuasa secara aman kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pada saya, tidak ada jalan untuk menyelesaikan kebuntuan politik, masalah ketidakstabilan politik adalah melalui penyelesain politik.
“Sama ada Ahli Parlimen mengadakan gencatan – sesuatu yang dicadangkan oleh Anthony Loke – atau membenarkan peralihan kuasa secara aman kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam temu bual di Malay Mail
Loke yang merupakan Ahli Parlimen Seremban pada Ogos lalu mencadangkan gencatan senjata antara Perikatan Nasional (PN) dan pakatang pembangkang.
Setiausaha Organisasi DAP itu bagaimanapun meletakkan beberapa syarat sebelum pembangkang boleh menerima perjanjian gencatan dengan kerajaan PN.
Tetapi kata Fahmi, sekiranya PRU tidak diadakan dalam masa terdekat ini, PH juga tidak bimbang sekiranya ada yang membelot.
Pada hujung Fabruari lalu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden PKR telag mengetuai 10 MP Ali Parlimen PH menyertai PN, menyebabkan kerajaan PH hilang kuasa.
Ditanya asama akan ada lagi pembelot Fahmi berkata: “Tidak, saya tidak fikir ada.”