Luar Negara

Gempa melanda timur Melbourne, tiada kecederaan serius dilaporkan

Gempa bumi melanda Victoria, menyebabkan kerosakan bangunan di seluruh Melbourne. Gempa berkekuatan 5.8 melanda berhampiran Mansfield, timur Melbourne, kira-kira jam 9.15 pagi waktu tempatan hari ini, menurut Geoscience Australia.

Gempa pada mulanya direkodkan pada skala 6.0 direkodkan sekitar 30 saat. Manakala satu lagi gempa susulan pula 4.0 dicatatkan 18 minit selepas gegaran pertama.

Lebih daripada 26,000 orang setakat ini melaporkan merasakan gempa bumi kepada agensi tersebut. Gegaran juga dirasakan di Canberra, Australia Selatan, Tasmania dan NSW, termasuk di Sydney, Bathurst dan Dubbo lapor media tempatan, 9News.

Gempa dikesan berpunca pada kedalaman 10km dari dasar bumi dan beberpa gempa susulan diramal akan melanda dalam waktu terdekat. Setakat ini, tiada kecederaan serius telah dilaporkan teteapi semua penduduk sekitar kawasan terbabit dinasihatan supaya sentiasa bersiap sedia. – SM

Kredit : 9News Australia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button