Luar Negara
Gempa bumi sederhana berhampiran Aceh
SUMATERA, Indonesia dilanda gempa bumi sederhana pada kekuatan 5.0 pada skala Richter awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku pada 2.28 pagi itu mengegarkan bahagian utara Sumatera, 200 kilometer (KM) dari Banda Aceh dan 90 km dari Lhokseumawe.
Seperti dilaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran tersebut berlaku pada kedalaman 120km.
Walau bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan di Malaysia. – SM