Nasional
Gempa bumi lemah landa Kundasang pagi tadi
SATU gempa bumi lemah berukuran 3.1 paa sala Ritchter dikesan melanda Kundasang, Sabah awal pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataannya memaklumkan, gempa pada jarak 13 kilometer (km) barat laut dari Ranau itu berlaku pada kedalaman 10km.
Penilaian awal mendapati gegaran dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau dan pihak MetMalaysia akan terus memantau keadaan. – SM