Luar Negara
Gempa bumi kuat landa luar Pantai Central Chile
PANTAI Central Chile dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter pada awal pagi tadi.
Gegaran berlaku di luar pantai Central Chile, pada kira-kira pukul 5.39 pagi (waktu di Malaysia).
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini, gempa itu berlaku kira-kira 228km barat dari Temuco, Chile, pada kedalaman 10 km.
Gempa bumi itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – SM