Hiburan

Gegar Vaganza diteruskan walaupun PKPB diumumkan

SUSULAN perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, ramai yang tertanya-tanya status program Gegar Vaganza (GV).

Malah, kalau diikut tarikh PKPN yang bermula hari ini hingga 27 Oktober depan, terdapat dua konsert Gegar Vaganza yang sepatutnya diadakan.

Bagaimanapun, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, program GV akan tetap diteruskan seperti yang dijadualkan tetapi tanpa kehadiran penonton.

“Dua konsert mingguan yang kebetulan jatuh ketika tempoh PKPB akan tetap bersiaran seperti biasa.

“Namun hanya kru produksi dan tenaga kerja berdaftar sahaja yang akan dibenarkan berada di lokasi untuk mengawal jumlah bilangan kehadiran pada satu-satu masa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Emarina, sebarang perubahan mengenai penganjuran untuk konsert minggu keempat dan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada perkembangan situasi semasa wabak Covid-19 serta kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa, sekiranya ada.

GV pada minggu lalu bersiaran buat kali pertama menyaksikan penyanyi, Noraniza Idris yang mendendangkan lagu Dondang Dendang & Dikir Puteri mendapat tempat pertama daripada 13 peserta yang lain.

Persembahan daripada legenda rock tanah air iaitu Mus pula turut tidak mengecawakan apabila berada ditangga kedua menerusi persembahan lagu Sendiri dan Biru Mata Hitamku.

Jihan Muse masih lagi tampil sebagai pengacara untuk musim yang ke-7, manakala Datuk AC Mizal pula menggantikan tempat Nabil yang kini sedang menjalani kuarintin. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button