Sukan

Christiano Ronaldo positif Covid-19

PEMAIN bola sepak terkenal antarabangsa, Christiano Ronaldo telah disahkan positif Covid-19.

Berita itu diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

“Cristiano Ronaldo dikeluarkan daripada pasukan kebangsaan selepas dijangkiti COVID-19.

“Pemain itu berada dalam keadaan baik tanpa gejala dan kini dikuarantin,” kata laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) semalam.

Ekoran itu, pemain itu diberi pelepasan daripada misi bersama skuad kebangsaan menentang pasukan Sweden pada Rabu.

Ujian saringan COVID-19 yang dijalankan ke atas pemain lain setakat ini menunjukkan keputusan negatif.

Mac lalu, Ronaldo dan keluarganya berlepas menaiki jet peribadi ke kediaman mewah mereka di Pulau Madeira, Portugal sebagai langkah persediaan berdepan pandemik itu. -SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button