KesihatanNasional

Gara-Gara Bayi Lahir Hilang Ibu Tak Sempat Menyusu, Group Bantuan Ibu Susuan Diwujudkan

Semenjak pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu menyatakan hasrat untuk bertanya dengan golongan pakar bagi proses mencari ibu susuan untuk anaknya, Ayash Affan, ramai wanita mula menampilkan diri.

Antara wanita yang sudi menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan kepada Ayash Affan termasuklah pelakon jelita, Syatilla Melvin yang juga merupakan isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam.

Namun disebabkan Shuib Sepahtu merupakan selebriti dan orang yang dikenali, keadaan dianggap tidak adil kerana masih ramai suami yang kehilangan isteri buntu apabila berdepan dengan situasi serupa.

Menurut Fazil Bukhari, dia antara suami yang kehilangan isteri angkara COVID-19 dan anaknya yang berusia 2 minggu masih belum menerima mana-mana ibu susuan.

“Bukannya saya tak mahu tetapi malu kerana apa pula kata orang ramai nanti? Saya takut dituduh gila perempuan namun dalam masa sama, saya juga risau kesihatan anak saya.

“Sesungguhnya COVID-19 sangat kejam dan tidak berikan peluang kepada kita untuk bersiap-sedia dalam keadaan seperti ini,” tulis Fazil dalam satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, tular beberapa tangkap layar kewujudan group Facebook Bantuan Ibu Susuan Malaysia yang berfungsi untuk menghimpunkan ibu-ibu yang prihatin.

Kongsi Fatin Natasya, jika benar group tersebut ditubuhkan untuk menghimpunkan ibu-ibu prihatin, ia adalah satu langkah yang baik namun pastikan tiada lelaki di dalamnya.

“Perlu ada seseorang untuk menguruskannya agar keselamatan kaum ibu tidak disalah anggap dan biarlah anak-anak yang baru lahir dijaga dengan baik”, tulisnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button