NasionalpilihanUncategorized

Geng Acoi aktif lakukan jenayah samun berkumpulan akhirnya tumpas

POLIS menumpaskan Geng Acoi yang aktif melakukan aktiviti jenayah samun berkumpulan di sekitar Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, kesemua lapan suspek termasuk seorang wanita berusia lingkungan 21 hingga 35 tahun ditahan dalam serbuan di lima lokasi berbeza bermula 3 Ogos hingga 6 Ogos lalu.

“Sepanjang hujung bulan Julai lalu sehingga awal bulan Ogos, kita telah menerima aduan enam kes samun berkawan menggunakan senjata parang berlaku di sekitar daerah Ampang Jaya. Kumpulan saspek ini menyasarkan mangsa ketika berjalan kaki berseorangan.

“Suspek yang bertindak menggunakan parang dengan menakutkan mangsa lalu merampas barangan milik mangsa antaranya, dompet duit, bag galas, wang tunai dan telefon bimbit dan lain-lain barangan yang berharga.

“Peningkatan kes ini secara mendadak dan berlaku hampir setiap hari amat membimbangkan. Sehubungan itu, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk mengesan dan menahan kumpulan penjenayah ini,” katanya.

Menurut Mohammed Farouk, selain tangkapan, pihaknya turut merampas 74 buah telefon bimbit, 3 buah komputer riba yang dipercayai hasil kejadian samun.

Selain daripada itu, turut dirampas 3 bilah parang, pedang (4), pisau lipat (2), pisau (3), kapak (1) dan enam buah motosikal yang dipercayai digunakan sewaktu melakukan perbuatan samun.

“Hasil semakan rekod jenayah, hanya seorang sahaja tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala tangkapan lain mempunyai rekod jenayah dan narkotik. Salah seorang tangkapan masih dikehendaki bagi kes Narkotik dan Komersil.

“Hasil tangkapan dan rampasan ini, pihak polis berjaya menyelesaikan (6) kes samun berkumpulan dengan senjata di Daerah Ampang Jaya dan 1 kes di Daerah Gombak,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. -SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button