Gangguan bekalan air di lima kawasan pulih hari ini – Air Selangor
LIMA wilayah di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Langat yang mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) telah pulih sepenuhnya hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri dalam kenyataannya hari ini mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama baik para pengguna dan semua warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan.
“Air Selangor menyarankan para pengguna untuk muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk info terkini bekalan air,” katanya.
Elina berkata, pengguna juga boleh merujuk aplikasi Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau melayari laman sesawang di www.airselangor.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.
Pengguna juga disarankan menggunakan air secara berhemat. – SM