Nasionalpilihan

Gaduh: 5 ‘rider’ makanan dan pelanggan lelaki didakwa hina Islam ditahan

LIMA penghantar makanan dan seorang lelaki ditahan kerana terlibat dengan pergaduhan yang didakwa berpunca daripada isu menghina agama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, satu laporan polis telah dibuat sebelum pergaduhan tersebut kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

“Lelaki berusia 19 tahun yang merupakan pekerja penghantar makanan itu membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati terhadap seorang pelanggan yang menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.

“Pengadu telah membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan tersebut dan menyebarkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan (rider) di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, keadaan tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka telah pergi ke rumah pelanggan tersebut di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya.

Ujarnya, pelanggan itu yang berusia 29 tahun kemudian telah dipukul oleh sekumpulan penghantar makanan yang kemudian telah membawanya ke balai polis Sungi Way untuk tindakan lanjut.

“Tangkapan telah dibuat melibatkan pelanggan tersebut dan lima orang penghantar makanan berusia lingkungan 19 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut.

“Kita juga sedang mengesan suspek-supek lain yang masih bebas,” katanya.

Tambahnya, kes masih disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menggunakan perkataan yang melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button