Bola SepakJenayahSukan

Gadis 18 tahun “bookie” Piala Dunia ditahan

POLIS menahan dua “bookie” termasuk seorang gadis berusia 18 tahun selepas didapati terbabit dalam pertaruhan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 dan ejen nombor loteri tanpa lesen.

Memetik laporan Berita Harian, suspek ditahan dalam satu serbuan di Matang Jaya, Kuching, Sarawak sekitar pukul 3.45 petang semalam.

Dalam serbuan pertama, anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menahan gadis itu di sebuah kedai makan.

Ketua Polis Padawan, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek disyaki menjadi ejen judi pertaruhan bola sepak dan ejen nombor loteri tanpa lesen.

Polis turut merampas dua unit telefon, empat keping kertas jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 serta wang tunai berjumlah RM420.

Beliau berkata, suspek mengaku bekerja sebagai ejen judi pertaruhan atau “bookie” serta ejen menjual nombor loteri tanpa lesen.

“Dalam serbuan kedua di sebuah gerai buah-buahan pada pukul 4.45 petang, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun.

“Suspek turut dipercayai menjadi ejen judi pertaruhan bola sepak dan ejen jual nombor loteri tanpa lesen. Polis merampas dua telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM540,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button