Sukan

POLIMAS cipta sejarah raih dua pingat emas Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan

BUAT julung kali Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah berjaya merangkul dua pingat emas dan empat gangsa pada Kejohanan Taekwon-Do Peringkat Kebangsaan 2022 di Ipoh, Perak.

Pingat emas pertama yang dimenangi bagi kategori Individual Pattern (2nd Degree Black Belt) adalah menerusi Lim Yong yang turut memenangi pingat gangsa dalam Individual Sparring.

Pelajar POLIMAS, Lim Yong berdiri sebelah kiri Jurulatih Dr Abdul Rahman memenangi pingat emas dalam kategori Individual Pattern Balck Belt.

Manakala pingat emas kedua diraih bagi kategori Individual Sparring (Junior colour belt micro-light weight) oleh Muhamad Syimir Ilyasa M Suhaimi.

Manakala tiga pingat gangsa yang lainnya dimenangi oleh Ooi Shen Jay, Danish Aiman Mohd Najme, Nadhirah Solehah Mohd Nazahar bagi pelbagai kategori.

POLIMAS telah menghantar lima pelajar untuk bertanding pada kejohanan kali ini.

Kejohanan Taekwon-Do Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran bersama Malaysian Taekwondo-Do Federation (ITF) dan Persatuan Taekwon-Do Negeri Perak.

Seramai 750 peserta dari semua kontinjen seluruh negara menyertai kejohanan ini.

Upacara pembukaan dilakukan oleh Timbalan Presiden Malaysian Taekwon-Do Federation (MTF), Master Datuk Dr Shakir Husein Kalid pada sebelah paginya dan penutupan pada sebelah petang oleh Presiden Malaysian Taekwon-Do Federation (ITF), Master Najmi Abdullah di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Sam Chai, Ipoh, Perak pada 27 November, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah POLIMAS, Kamaludin Daud, berkata, ini merupakan pencapaian terbaik pelajar POLIMAS dalam Kejohanan Taekwon-Do Peringkat Kebangsaan 2022 dan merupakan satu sejarah kerana pertama kali meraih dua pingat emas.

“Tanpa usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh oleh pelajar dan jurulatih kejayaan ini tidak mungkin akan tercapai”, katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Kontinjen POLIMAS, Dr Abdul Rahman Huraisen yang juga merupakan jurulatih Taekwon-Do POLIMAS di atas kejayaan memenangi dua pingat emas dalam kejohanan ini.

Lim Yong pelajar semester pertama, Diploma Kejuruteraan Mekatronik berkata, tidak menyangka akan memperoleh pingat emas dalam kejohanan sukan ini.

Muhamad Syimir Ilyasa M Suhaimi pelajar Semester pertama, Diploma Kejuruteraan Awam yang memenangi pingat emas berkata, ini merupakan medan untuknya mendapatkan pendedahan awal dalam pertandingan seni bela diri Taekwon-Do. – SM

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button