Politik

Foto bersama Azmin: Pak Kadir ini amat tak bijak, balas Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membalas cemuhan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu A. Kadir Jasin terhadap gambarnya bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali hari ini.

Dalam hantaran di Facebooknya, Kadir Jasin mengaitkan foto tersebut dengan keputusan mahkamah memberi kelepasan kepada Ahli Parlimen Pekan itu untuk berkempen di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini yang akan berlangsung esok.

“Pak Kadir ini amat tak bijak. Dia tak tahu bezakan antara kes dalam perbicaraan dan kes yang telah dijatuhkan hukuman. Ataupun dia menipu dengan sengaja untuk tujuan menghasut,” tanya Najib.

Dalam hantarannya, Kadir menulis banyak yang boleh dibaca daripada gambar yang menyakitkan hati tersebut dan dia seperti memberi amaran amat buruk padah bagi sesiapa termasuk Kehakiman memperkecilkan “verdict” mahkamah pendapat umum.

sarapan

“Najib diberikan kelepasan untuk berkempen pilihan raya sedangkan si miskin secepat kilat disumbatkan ke dalam penjara.

“Hakim-hakim sering berkata, “justice is blind” dan keadilan tidak memilih warna tetapi orang kayangan macam Najib diberi masa untuk berkempen pilihan raya sedangkan ibu tunggal dipenjarakan 30 hari kerana langgar PKP.

“Hanya selepas mahkamah pendapat umum (the court of public opinion) mengutuk hukuman berat sebelah itu barulah hukumannya dipinda kepada denda,” tulis Kadir di Facebooknya.

Pada 1 Julai lalu media melaporkan prosiding mahkamah membabitkan Najib yang didakwa menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB ditangguhkan.

Ia berikutan pasukan pembelaan memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini supaya Ahli Parlimen Pekan dalam membantu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata demikian selepas perbicaraan bermula di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan keesokan hari.

Prosiding yang dijadualkan sehingga jam 6 petang hari tersebut juga ditutup lebih awal bagi memberi ruang kepada Najib bagi memenuhi tugas berkanunnya selaku Ahli Parlimen.

Prosiding 1MDB disambung 15 Julai depan.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button