Travel

Formula Kyut Skin dari Korea Selatan

Jenama tempatan produk kecantikan, Kyut Skin di formulasikan dari negara Korea Selatan dengan bantuan pakar-pakar ahli kimia yang bertauliah demi menghasilkan produk yang terbaik di pasaran.

Produk yang berasaskan bahan semulajadi ini boleh digunakan di setiap lapisan umur malahan jenama ini tidak terlepas dari menjalani ujian logam berat, ujian SPF, ujian mikrobiologi dan ujian kestabilan.

Dua beradik mengeluarkan produk kecantikan semula jadi

Diasaskan oleh dua beradik, Nur Fathin Zulaikha dan Nur Fathini Khalillah atau lebih dikenali Nini Comel.

Menurut usahawan muda yang baru sahaja berumur 22 tahun, Nini Comel, walaupun sudah mempunyai perniagaan dalam bidang Kewangan namun idea untuk mengeluarkan produk penjagaan kulit ini dari awal belasan tahun.

“Idea Kyut Skin sebelum terlibat dalam bidang financial lagi, life its about progress dalam hidup, skincare adalah impian saya dari dahulu.” Jelasnya.

Demi memberikan terbaik kepada para pengguna, mereka juga mengambil masa dari tahun 2019 untuk memperkenalkan produk ini pada orang ramai.

Stick pelindung matahari merupakan produk pertama yang dikeluarkan di bawah Kyut Skin, idea ini tercetus dari perjalanan sukarelawan ke Pakistan.

Jenama Kyut Skin, stick pelingdung matahari

Dan mendapati agak sukar untuk mengaplikasikan semula pelindung matahari ketika perjalanan yang sibuk akibatnya kulit mereka mengalami kesan sinaran matahari yang teruk sejurus pulang ke Malaysia.

Justeru, Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah dan inovatif.

Mensasarkan jualan tertinggi 10,000 unit stick pelindung matahari dalam masa setahun, dua beradik ini yakin bahawa produk ini merupakan yang pertama ada di Malaysia.

Stick pelindung matahari ini mengandungi Minyak Jojoba yang membantu menjaga kelembapan kulit dan mencegah jangkitan bakteria serta pembentukan jerawat selain itu menghasilkan kologen untuk kulit muka.

Harapan dari Nur Fathin Zulaikha, 25, agar orang ramai dapat mengenali produk ini dan lebih yakin
“Menjadi satu jenama untuk orang ramai lebih kenali dan lebih yakin dengan memperkenalkan bahan sebenar pada orang ramai, kerana dalam Kyut Skin ini tiada bahan aktif, semuanya semula jadi.” Jelasnya.

Walaupun produk ini baru dilancarkan sekitar Oktober 2022 namun berjaya mendapat pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya, penerima Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputra diikuti Anugerah Penjagaan Kulit terbaik 2023 oleh Beauty Inside bagi stick pelindung matahari mereka.

Glow Spary

Turut mengeluar pencuci muka berbentuk hati, Glow Spry dan pelembab muka.

pelembab muka Kyut Skin
pencuci muka Kyut Skin

Selain itu jenama itu buka ruang kepada orang untuk menjadi usahawan mereka dan menjana pendapatan.

Artikle Berkaitan :>

PM jamin promosi produk usahawan desa ke pasaran antarabangsa

CheTa PotPet ambil kesempatan untuk lancarkan produk terbaru, ketika nama sedang viral

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button