Ekonomi

foodpanda Malaysia menaik taraf ganjaran dan faedah perlindungan untuk rakan penghantar dan keluarga mereka

Dalam usaha untuk meraikan dan melindungi rakan penghantarnya, platform penghantaran makanan yang terkemuka, foodpanda Malaysia akan memperluaskan perlindungan insurans kemalangan untuk para penghantar dan keluarga mereka di luar waktu kerja mereka.

foodpanda Protect+ merupakan skim insurans kemalangan tambah nilai yang memberi perlindungan berganda sepanjang masa untuk rakan penghantar foodpanda dan waris mereka.

Diperkenalkan dengan kerjasama PolicyStreet (sebuah syarikat insurans berlandaskan teknologi), skim mampu milik ini akan memberi perlindungan tambahan 24 jam di seluruh dunia untuk kematian, hilang keupayaan dan juga kemasukan hospital akibat kemalangan, bermula dari hanya RM3 sebulan.

Selain itu, perlindungan ini juga boleh diperluaskan untuk merangkumi pasangan dan sehingga dua anak dengan yuran bulanan RM6, dan hanya RM1 untuk setiap anak yang berikutnya.

Bagi rakan penghantar yang bujang, pelan tambah nilai insurans ini turut diperluaskan bagi melindungi ibu bapa mereka pada kadar yuran yang sama.

Related Articles

Pelan ini merupakan tambahan kepada perlindungan insurans percuma yang sedia ada yang melindungi semua rakan penghantar semasa waktu penghantaran mereka.

Pada masa ini, semua rakan penghantar dilindungi sehingga jumlah maksimum RM100,000 sekiranya berlaku
kematian akibat kemalangan atau hilang keupayaan kekal semasa waktu penghantaran mereka.

Shubham Saran, Ketua Logistik, foodpanda Malaysia, berkata, “Dalam melunaskan misi foodpanda, adalah komitmen kami untuk memberikan penjagaan yang tiada tandingan kepada rakan penghantar kami, yang kali ini juga merangkumi ahli keluarga kesayangan mereka.

“Kami adalah perintis dalam industri p-hailing yang memberi perlindungan insurans kepada rakan penghantar kami. Sambutan ‘Hari Penghargaan Rider’ hari ini adalah peluang terbaik bagi kami melangkah lebih jauh untuk memperkasakan rakan penghantar kami supaya dapat menjaga kesejahteraan insan tersayang mereka dengan foodpanda Protect+, yang kini melangkaui tugasan penghantaran mereka,” katanya.

Sambutan ‘Hari Penghargaan Rider’ yang berlangsung di pejabat foodpanda di Bangsar South telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih 50 rakan penghantar foodpanda yang cemerlang serta pihak pengurusan kanan syarikat. Majlis tersebut juga akan berlangsung di empat hab ‘rider’ yang lain di Kuantan, Johor, Sabah dan Pulau Pinang bagi meraikan semua rakan penghantar dari seluruh negara.

Selain meningkatkan perlindungan insurans bagi rakan penghantar foodpanda, platform ini juga telah mengadakan sesi perbincangan dengan mereka untuk mengumpulkan maklum balas mengenai cara meningkatkan pengalaman mereka semasa membuat penghantaran dari rakan niaga kepada pelanggan.

“Adalah penting untuk kami membina satu komuniti dan rangkaian kepercayaan dikalangan rakan penghantar kami. Tidak kira rakan penghantar sepenuh masa, ataupun mereka yang bekerja hanya beberapa jam seminggu bagi menambah pendapatan, kami mahu memastikan mereka mempunyai ketenangan fikiran setiap kali mereka berkerja untuk kami,” kata Shubham.

Beliau bertambah lagi, aplikasi ‘rider’ sentiasa dikemas kini untuk pengalaman yang lebih lancar. Malah, satu sistem ganjaran telah dilancarkan baru-baru ini bagi membolehkan mereka menebus mata ganjaran untuk mendapatkan barangan ‘rider’ yang eksklusif.

Pada kemuncak majlis, enam rakan penghantar telah menerima anugerah untuk prestasi cemerlang dalam pelbagai kategori, termasuk dengan kategori tempoh perkhidmatan paling lama serta penglibatan yang paling aktif di media sosial.

Untuk maklumat yang lanjut tentang rangkaian penuh faedah untuk rakan penghantar foodpanda, sila layari Pandariders. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button