Analisis

Filem untuk cuci kotoran Anwar

OLEH KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Sebenarnya apabila filem ini diterbitkan oleh penerbit dari negara jiran Indonesia pada hemat peribadi saya pengetahuan mereka mengenai jatidiri dan personaliti Anwar Ibrahim terlalu cetek.

‘Untold Story’ Anwar Ibrahim terlalu banyak yang belum diperkatakan.

Insya-Allah, satu hari nanti Allah swt menzahirkan kebenaran mengenai jatidiri Anwar Ibrahim secara mutlak. Ameen.

Dalam masa yang sama saya amat geli hati dan mual mendengar ‘kaki bodek’ di kalangan artis khususnya Farid Kamil membuat kenyataan dalam sidang media ‘preview’ filem ‘Anwar-Untold Story.’

Cara Farid Kamil bercakap seolah-olah kerajaan Malaysia sebelum ini tidak mahu beri kerjasama dan cuba menyekat pembikinan filem tersebut.

Filem ‘Anwar-Untold Story’ ini sebuah hasil yang ‘haprak’ bagi saya kerana penerbit tidak membuat kajian secara menyeluruh serta terperinci bagi mendapatkan matlumat-matlumat yang tepat sebelum menerbitkan filem ini.

Ataupun kemungkinannya juga diputarbelitkan fakta bagi mensucikan ‘kotoran’ Anwar Ibrahim.

Ada juga ungkapan ayat dari Farid Kamil yang menyatakan bahawa beliau terpaksa pergi ke Indonesia secara senyap-senyap serta kemungkinan kena berhijrah tinggal di Indonesia selepas berlakon dalam filem tersebut.

Sebenarnya, siapa pun tak peduli untuk mana-mana pihak hendak terbitkan apa-apa filem di negara kita.

Negara kita mengamalkan prinsip ‘demokrasi’ dalam segenap segi dan sesiapa pun bebas melakukan apa saja asalkan nenghormati undang-undang.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998 setiap minggu ‘penyangak’ Anwar Ibrahim menganjurkan demonstrasi jalanan.

Pihak PDRM menjadi mangsa keganasan, aset PDRM dirosakkan serta huru-hara sehingga mengganggu peniaga-peniaga di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman tetapi kerajaan pada waktu itu hanya memantau keselamatan rakyat semata-mata saja.

Setakat Farid Kamil nak berlakon watak Anwar Ibrahim dan nak tunjukkan kononnya risiko terlalu tinggi bakal menimpa dirinya adalah sesuatu yang amat mengarut!!

Kalau saya diupah untuk melakonkan watak Anwar Ibrahim akan ditolak ‘mentah-mentah’ kerana terlalu jijik dengan jatidiri PMX masakini.

Untuk makluman Farid Kamil janganlah hendak bodek dan mensensasikan sangat tentang penerbitan filem ‘sampah’ ini.

Pada tahun 1998 saya lawan dengan Anwar Ibrahim secara terbuka apabila menerbitkan buku ‘50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM’ sehingga kini saya masih berada dalam negara serta masih lawan dengan PMX!

Tak pernah pun saya cakap kena berhijrah ke luar negara atas risiko tinggi walaupun sekarang Anwar Ibrahim menjawat jawatan Perdana Menteri.

Tahun 2014 secara terbuka saya lawan dengan Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Tun Razak dalam isu kes skandal 1MDB sehingga masuk lokap serta penjara.

Dalam perjuangan kes skandal 1MDB saya terbang buat laporan-laporan di Singapura, Hong Kong, Switzerland, Peranchis, United Kingdom dan Amerika Syarikat tetapi sehingga hari ini tidak perlu pun saya berhijrah ke luar negara.

Kalau setakat Farid Kamil nak berlakon watak Anwar Ibrahim itu hak dia tetapi janganlah cuba hendak katakan pemerintah sebelum ini seolah-olah zalim untuk mengambil tindakan dan sebagainya ke atas sesiapa yang terlibat dalam filem ‘sampah’ ini.

Sekiranya hendak bodek pemerintah negara masakini pun berpada-padalah!

Jangan ‘over’ sangat serta jangan mereka cerita yang bukan-bukan kerana rakyat amat bijak memikir pada hari ini.

Gambaran yang cuba dipaparkan oleh Farid Kamil seolah-olah semacam beliau terlibat dalam ‘perang gerila’ yang bakal mengundang risiko yang amat tinggi keatas dirinya.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan Farid Kamil bahawa sebenarnya filem ini berkualiti ‘sampah’ dan banyak perkara-perkara salahlaku Anwar Ibrahim tidak dipaparkan pada penonton dalam karya ‘sampah’ ini.

Insya-Allah, saya akan pergi tonton filem ‘sampah’ ini dan jika ada unsur-unsur berbaur fitnah mereka yang menerbitkan filem ‘sampah’ ini harus bertanggungjawab ke atasnya.

Akhir kata, sebagai makluman pada Farid Kamil; Allah swt Maha Esa, Maha Mengetahui dan Maha Adil. – NOTA – PENULISAN DI ATAS ADALAH PANDANGAN PERIBADI KHAIRUDDIN ABU HASSAN

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button