Hiburan

Fight Choreographer Bukan Setakat Perlu Tahu Gerak Tarung – Beto Kushairy

Fight choreographer bukan setakat perlu tahu gerak tarung atau mahir dalam seni bela diri. Ianya lebih dari itu.

Selain perlu memahami kehendak pengarah & mencipta gerakan, mereka juga perlu tahu mengolah mengikut kesesuaian pada pelakon serta watak & perwatakannya.

Yang terpaling penting, faham & punya ilmu tentang sudut pandang kamera & lens yang digunapakai. Gerak tari secantik mana pun jika tak kena dengan camera angle, takkan dapat memberi impak yang maksimum.

Aku cukup berbesar hati dapat bekerjasama dengan kang @yayanruhian & team choreo nya yang cukup profesional & faham akan teknikaliti seni tarung wayang. Syukur aku yang takde apa ni dapat cedok ilmu sedikit sebanyak 🤭

Selain kru sebalik tabir yang lain, mereka adalah wira-wira yang tak didendang(selain kang Yayan lah) untuk seni tarung #filemMatKilau ini. Penghargaan besar buat @reza.hilman @cece_ciungwanara @achmadali.s
Terima kasih kerana buat kami tampak hebat..👏🙏♥️

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button