Ekonomi

Festival Dua Hari Spritzer So Tinge! YouthTopia, “Unlock Imaginasimu” di Lalaport Rooftop, Bukit Bintang

PENGELUAR air mineral terkemuka, Spritzer bakal mengubah lanskap Bandaraya Kuala Lumpur dengan pelbagai aktiviti menarik di acara “So Tinge! YouthTopia, Unlock Imaginasimu” di Lalaport Rooftop, Bukit Bintang.

Festival dua hari itu berlangsung dari 25-26 November itu bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam dilengkapkan dengan aktiviti yang menyeronokkan, seperti menaiki belon udara panas, persembahan live, momen instaworthy dan So Tinge! barisan minuman iaitu soda buah yang dibuat daripada air mineral semulajadi Spritzer.

Kemuncak festival itu ialah Belon Udara Panas yang menjadikan festival hujung minggu sebagai kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan dan pengalaman menyeronokkan.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, sebagai permulaan festival, peserta akan mengapung di atas kota dan diberi kesempatan untuk “mengangkat diri mereka”.

“Festival ini menggalakkan pengunjung untuk menyerlahkan sisi suka bermain mereka dengan pelbagai aktiviti yang dinamik, termasuk pameran cosplay yang menarik perhatian, persembahan secara langsung oleh kumpulan remaja berbakat, persembahan sensasi dari kumpulan pop-rock, Insomniacks,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Spritzer Kenny Lim di sini hari ini.

So Tinge! Belon Udara Panas di Festival YouthTopia di Lalaport Bukit Bintang(Pautan Muat Turun Imej) Insomniacks 
(Pautan Muat Turun Imej)

Beliau menambah festival ini bertujuan untuk menyediakan ruang yang selamat dan bebas penilaian bagi pengunjung untuk meneroka, merasai, dan mengekspresikan diri.

“Melalui festival ini, kami berharap dapat memberi pengunjung platform untuk mempamerkan bakat dan kreativiti dalam suasana yang penuh dengan keseronokan,” ujarnya.

Spritzer berharap dapat menyuntik semangat baru kepada generasi muda dengan menyediakan platform bagi mereka untuk menunjukkan bakat dan kreativiti dalam suasana yang penuh keceriaan.

Hari pertama festival ini termasuk Belon Udara Panas, persembahan live oleh Insomniacks, Youth Live Bands, Street Graffiti oleh pelbagai artis, Fun Fair Games, Food Bazar, Flea Market dan So Tinge! Fruity Bar untuk menghilangkan dahaga pengunjung.

Manakala pada hari kedua pula keseronokan diteruskan dengan Hot Air Balloon, Kpop Random Play Dance, Peraduan Cosplay, Fun Fair Games, Food Bazaar, Flea Market dan So Tinge! Creative Bar di mana peserta boleh menikmati citarasa mereka dalam gabungan minuman berperisa yang unik.

Spritzer menjemput remaja untuk tampil berani dalam berekspresi, untuk menjadi diri mereka yang sebenar dan menggunakan imaginasi di So Tinge! Youthtopia yang bebas penghakiman selama dua hari. – SM

BACA Spritzer terima Anugerah Tenaga Kebangsaan dan ASEAN

BACA Spritzer Tingkat Komitmen Pengurusan Alam Sekitar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button