Nasional
Trending

Feri Pulau Pinang hanya untuk motosikal dan basikal mulai 1 Jan.

FERI yang menjadi ikon Pulau Pinang hanya akan digunakan untuk membawa motosikal dan basikal sahaja mulai 1 Januari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Tan Teik Cheng berkata, feri itu tidak lagi menyediakan perkhidmatan feri itu kenderaan empat roda mulai dari tarikh itu.

Katanya, ia selari dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dalam kenyataan pada Khamis berhubung perkhidmatan itu.

“Operasi feri untuk motosikal dan basikal antara Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda di pulau.

“Mulai 1 Januari juga, akan ada khidmat feri untuk penumpang terutama pejalan kaki dengan menggunakan bat laju dari Pangkalan Sultan Abdul Halim ke Dermaga Swettenham di pulau,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, penggunaan bot untuk penumpang dan feri sedia ada untuk basikal dan motosikal adalah langkah sementara sebelum pengenalan feri baharu seperti bas air dan pengangkut kenderaan mulai Julai 2022 atau lebih awal.

Kata Teik Cheng, dalam tempoh interim itu kedua-dua pangkalan iaitu Sultan Abdul Halim dan Raja Tun Uda akan diubah suai dan dinaik taraf untuk perkhidmatan baharu supaya lebih berkesan dan lebih selesa kepada semua pengguna.

Beliau juga berkata, perkhidmatan bas kepada penumpang di Dermaga Swettenham akan disedia secara percuma ke Pangkalan Raja Tu Uda untuk pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan bot. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button