Hiburan

Fauziah Nawi bersuara bagi pihak karyawan

PELAKON wanita veteran, Fauziah Nawi bersuara bagi pihak karyawan meminta semua pihak termasuk kerajaan dan agensinya membantu mereka dalam pasca pandemik Koronavirus (Covid-19).

Ekoran serangan wabak dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac itu, mereka terpaksa tunduk dengan tekanan ketiadaan panggilan lakonan dan pekerjaan.

Justeru, rata-rata karyawan dan penerbit berhadapan dengan situasi sukar apabila tidak dapat meneruskan penggambaran seperti dirancang.

Malah, banyak penggambaran terpaksa ditangguh dan dibatalkan bagi mengelak daripada jangkitan Covid-19.

Oleh demikian, dalam pasca Covid-19 dan PKP Pemulihan (PKPP), beliau menyeru kerajaan dan agensinya menggalakkan penerbitan pelbagai rancangan televisyen dan filem bagi memastikan penggiat seni dapat meneruskan hidup.

BACA > UniMAP sumbang kepada kemakmuran negara — Suara Merdeka

“Baguslah pemimpin kena turun bawah, kita hendak jumpa mereka tak boleh. Alhamdulillah, pemimpin hari ini pergi ke bawah.

“PKP sebenarnya membuka banyak ruang, semua orang jadi prihatin termasuk pemimpin dan rakyat Malaysia.

“Saya juga bersyukur kerana akhirnya cita-cita saya hendak bercakap dengan seorang menteri akhirnya yang jaga bahagian kita ini (industri hiburan) berjaya.”

Kata Fauziah selepas menerima lawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dalam program khas Ziarah Kasih.

Dalam pada itu, beliau turut menceritakan cabarannya sebagai penggiat seni dalam mengharungi PKP walaupun kehilangan sumber pendapatan ketika itu.

BACA > PRK Chini: BN mahu kemenangan dengan majoriti besar — Suara Merdeka

“Sepanjang PKP Alhamdulillah, saya tenang. Seronok, inilah masa untuk saya berehat dan fikir semula apa yang sudah dilakukan dan patut dilakukan untuk kehidupan saya.

“Alhamdulillah, rezeki saya ada adik beradik, mereka jaga saya. Kemudian rakan-rakan dalam industri ambil berat dan peminat pun sama.

“Setiap hari ada sahaja bantuan kepada saya diber walaupun tidak minta. Saya sangat bersyukur apabila terus-menerus menerima rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk,” luahnya.

Fauziah berkata demikian walaupun akui banyak kerugian terpaksa ditanggung kerana pembatalan beberapa program termasuk kelas teaternya ketika pelaksanaan PKP.

“Memang waktu itu sepatutnya saya pergi ke Hari Teater Sedunia di Indonesia, tetapi dibatalkan.

“Begitu juga pada bulan September nanti sepatutnya menghadiri Festival Teater di sana, tetapi tidak boleh pergi.

“Selain itu, kelas-kelas yang sudah diatur di luar kawasan juga terpaksa dibatalkan. Kalau dikirakan kerugian memang rugi.

BACA > 4 juta pengguna domestik nikmati elektrik percuma April hingga Jun — Suara Merdeka

“Tetapi, saya anggap itu adalah satu hikmah, Allah hendak bagi petunjuk bahawa dia Maha Besar dan Dia tahu apa yang baik untuk kita,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button