Farid Kamil lafaz talak secara online sah menceraikan Diana Danielle
Kemelut rumah tangga pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya bertemu titik noktah, mereka sah bercerai talak satu selepas beberapa bulan turun naik mahkamah.
Farid yang tidak hadir di mahkamah melafazkan cerai terhadap Diana secara dalam talian (Google Meet) di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Peguam yang mewakili Farid Fakhrol Azman Abu Hassan memaklumkan telah membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengadakan prosiding secara atas talian selepas anak guamnya bersetuju untuk melafazkan talak pada hari ini.
Menurutnya, Farid tidak dapat hadir ke mahkamah atas faktor kesihatan selepas mengalami kesan sampingan akibat dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.
“Ketiadaan Farid agak last minute dia masih tidak berapa sihat ada kesan sampingan Covid -19, kami sudah berbincang banyak kali dan penyelesaian ini adalah yang terbaru,” ujarnya.
Diana yang hadir ke mahkamah akui tidak meletakkan sebarang harapan pada hari ini.
“Saya tidak meletakkan sebarang harapan untuk hari ini (Khamis). Apa sahaja yang berlaku kita kena bersedia,”luahnya.
Untuk rekod, pasangan ini telah mendirian rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad serta Nur Aurora.
Namun begitu, pada awal Mac lalu, Diana telah memfailkan tuntutan penceraian terhadap suaminya namun Farid pula enggan melafazkan talak.
Farid juga beberapa kali dilihat cuba memujuk isterinya dengan menawarkan bunga, barang kemas dan sejumlah wang sewaktu melalui proses Jawatan Kuasa Pendamaian (JKP).
Artikle Berkaitan :>
Farid Kamil tarik balik tuduhan Diana Daniella ada orang ketiga