NasionalNegeri

FAMA Perlis sasar operasi 31 outlet catat jualan RM640,000

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis menyasarkan operasi 31 outlet pemasaran sempena Program Jualan Semarak Syawal akan mencecah jualan sehingga RM640,000.

Program yang melibatkan 110 usahawan ini berlangsung dari 28 April hingga 2 Mei ini.

Nurulhisham Yaakob melawat salah sebuah gerai jualan di Tapak Pasar Tani Taman Sena Indah Kangar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Nurulhisham Yaakob berkata, ia melibatkan Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Agrobazaar Rakyat (ABR) dan Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR).

Beliau berkata, konsep outlet pemasaran ini bagi memberi peluang kepada usahawan untuk mengadakan jualan sempena Aidilfitri.

“Musim Aidilfitri memang akan mendapat permintaan tinggi dari kalangan pengguna,” katanya.

Sebelum itu Nurulhisham melancarkan Program Jualan Semarak Syawal di Tapak Pasar Tani Taman Sena Indah di Kangar.

Beliau juga menyampaikan sumbangan kepada 10 anak yatim Rumah Jagaan Hembusan Kasih.

Hadir sama Pengarah FAMA Negeri, Mohd. Shahrizan Mansor.

Nurulhisham berkata, FAMA juga menyediakan bekalan barangan seperti ayam,daging, ketupat, rendang, produk Agromas secara tempahan online.

Katanya, pengguna boleh mengambil barangan yang ditempah di lokasi “pick up point” di Pasar Tani Taman Sena Indah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button