NasionalNegeri

Pasukan Ronda Raya Bomba Perlis buat rondaan seminggu di Aidilfitri

BERUNTUNG komuniti yang tinggal di sekitar Jalan Kangar-Alor Setar kerana pasukan Ronda Raya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis akan membuat rondaan selama seminggu di Aidilfitri.

Ruhisha Haris (tengah) ketika melakukan pemeriksaan perkakasan barang keselamatan di Giant Superstore Kangar, Perlis.

Menurut Pengarahnya, Ruhisha Haris, pasukan Ronda Raya ini berada dalam keadaan siap siaga dalam menghulurkan bantuan kerana mereka mengadakan rondaan setiap hari selama seminggu sebelum dan selepas hari raya Aidilfitri..

“Ya benar, pasukan Roda Raya ini akan melakukan rondaan setiap hari selama seminggu sebelum dan selepas hari raya Aidilfitri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, setiap Balai Bomba Penyelamat (BBP) di negeri ini akan menjaga setiap jalan utama di kawasan masing-masing.

“Contohnya BBP Kangar akan melakukan Ronda Raya di Jalan Kangar-Alor Setar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita usai melakukan pemeriksaan perkakasan barang keselamatan di Giant Superstore.

Terdahulu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Azizan Sulaiman melancarkan Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan dan  melakukan Flagg Off Ops Ronda Raya JBPM Perlis di hadapan Giant Superstore Kangar.

Berbalik kepada Ruhisha, beliau berkata, pihaknya juga telah melakukan 23 pemeriksaan ke atas pasar raya dan pusat membeli-belah di negeri ini sejak 25 April lalu.

Katanya, sembilan notis menghapus bahaya kebakaran atas ketidakpatuhan tertentu telah dikeluarkan ke atas pasar raya terbabit.

Ruhisha Haris memberikan cederamata kepada pengunjung semasa pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran di Giant Superstore Kangar, Perlis.

Ujar beliau, notis ini berkaitan dengan menghalang  jalan keluar ketika kecemasan berlaku.

“Biasanya laluan ini diletakkan dengan kotak atau troli di mana  menghalang laluan keluar jika berlaku kecemasan,” katanya.

Beliau berkata, dengan pengeluaran notis ini akan menjadi contoh kepada pasar raya lain supaya jangan  berbuat perkara yang sama. – SM

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button