Hiburan

Faizal Tahir tegur aksi joget dalam Tik Tok

RAMAI sebenarnya yang terjebak dengan platform media sosial Tik Tok termasuklah artis tempatan.

Malah, ada juga yang sangat aktif di Tik Tok hingga mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Platform tersebut juga sering menjadi tular kerana ‘cabaran’ seperti tarian dan sebagainya yang dilakukan penggunanya akan disambut oleh pengguna lain hingga menjadi tular.

Namun, berbeza pula dengan penyanyi Faizal Tahir yang dilihat kurang senang dengan gejala tersebut.

Menurutnya, mereka yang beragama Islam tidak sepatutnya terlalu mengikut ‘trend’ di laman sosial yang tidak membawa manfaat pada masyarakat.

“Yang beragama Islam tu fikirkanlah dulu sama ada Nabi Muhammad suka atau tak dengan apa yang kita buat.

“Pernah terfikir tak bila kita buat apa-apa cabaran termasuk berjoget depan kamera dan muat naik di laman sosial, apa faedahnya pada masyarakat,” katanya di akaun twitter.

Sebelum ini tular beberapa cabaran termasuk berjoget dan terbaharu ialah dengan melakukan mekap serta menari ala-ala gaya tarian Bali yang di sebut sebagai cabaran Lathi.

Antara yang terjebak dengan cabaran tersebut ialah Mawar Rashid dan terbaharu Nadzim Othman hingga mendapat pujian masyarakat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button