Bola SepakSukan

FA England batal hasrat bawa masuk penonton

PERSATUAN Bola Sepak (FA) England terpaksa melupakan hasrat mereka menjadikan Piala Perisai Komuniti sebagai perlawanan ujian bagi mengembalikan penonton ke stadium ekoran wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia masih tidak menentu.

Menurut laporan Daily Mail, pertembungan membabitkan Liverpool menentang Arsenal di Stadium Wembley pada 29 Ogos ini dirancang untuk dijadikan sebagai perlawanan pertama bola sepak buat para peminat sejak kawalan perintah berkurung dilaksanakan Mac lalu, dan idea yang pada awalnya diterima oleh Kerajaan.

Namun, selepas beberapa kejuaraan melibatkan sukan kriket, perlumbaan dua roda serta empat roda dan snooker terpaksa dibatalkan pada awal bulan ini, badan induk bola sepak England itu akur bahawa hasrat tersebut belum boleh dilaksanakan.

Jabatan Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan dijangka mengemas kini garis panduan untuk sukan selepas Kerajaan mengkaji semula kawalan perintah berkurung di kawasan Barat Laut pada 15 Ogos ini.

Bagaimanapun, jika keizinan diberikan Kerajaan sekalipun, FA percaya mereka tidak mempunyai waktu yang mencukupi bagi menganjurkan acara berskala besar.

Selain bakal berdepan kesukaran mengendalikan urusan penjualan tiket dan keselamatan, kos yang diperlukan untuk hanya membawa masuk beberapa ribu penonton bagi menyaksikan perlawanan tersebut di Wembley bakal menjadi penghalang.

Goodwood Racecourse yang menganjurkan lumba kuda telah diberi kebenaran bagi membawa masuk 5,000 ahlinya untuk hari terakhir perlumbaan di Glorious Goodwood pada 1 Ogos lalu sebelum Kerajaan membuat pusingan-U sehari sebelumnya.

Untuk acara ujian akan datang nampaknya akan turut melibatkan angka yang hampir serupa, berbanding satu perempat kapasiti iaitu sekitar 22,500 penonton, bilangan yang disasarkan oleh FA di Wembley. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button