Mahkamah

Saksi ke-87: RM77 juta masuk akaun Lewis&Co untuk keagamaan, kebajikan yayasan

Kes perbicaraan Ahmad Zahid

SAKSI pendakwa ke-87 Muralidharan A/L Balan Pillai dari Tetuan Lewis&Co memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Yayasan Al-Falah adalah milik keluarga Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Muralidharan (Murali) berkata, walaupun Yayasan Akal Budi bukan klien Lewis & Co tetapi Yayasan Al-Falah ialah klien mereka.

Murali yang juga rakan kongsi dalam Tetuan Lewis&Co bersama saksi ke-86, Presmshangar Venugopal yang tampil memberi kenyataan dalam prosiding perbicaraan kes Ahmad Zahid semalam memberitahu mahkamah bahawa kesemua 92 keping cek dan tambahan 10 keping lagi cek yang dimasukkan ke dalam akauan Lewis&Co adalah cek daripada Yayasan Al-Falah.

Murali berkata, kemasukan transaksi cek-cek dan bank draf bertujuan untuk amal kebajikan, pembinaan masjid di Bagan Datoh dan pembinaan tahfiz di bawah yayasan.

Murali ketika menjawab soalan Ketua Pendakwa, Datuk Raja Rozale Raja Toran berkata, arrangement atau persetujuan di antara beliau dengan Ahmad Zahid pada asasnya berkaitan dengan keagamaan dan kebajikan.

“Saya mengenali Datuk Seri Zahid, mungkin sebelum tahun 2006 / 2007. Secara kasual, saya mengenali beliau melalui kenalaan yang sama di pejabat akauntan. Saya juga ada memberi perkhidmatan litigasi sivil (civil litigation) kepada beliau.

“Ya Yang Arif. Selepas tahun 2006 / 2007, saya masih berhubungan dengan Datuk Seri Zahid. Saya ada pergi ke rumah beliau di Country Heights untuk majlis Hari Raya dan majlis-majlis (functions).

“Selama 10 ke 12 tahun jalinan persahabatan. Percaya? Ya,” kata Murali.

Kata Murali lagi, dalam tahun-tahun itulah beliau mula menerima cek-cek daripada Ahmad Zahid yang pada ketika itu, Ahmad Zahid sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Murali bagaimanapun gagal untuk mengingati bilakah kali pertama beliau menerima cek daripada Ahmad Zahid tetapi pemberian dan penerimaan cek berlaku di rumah Ahmad Zahid atau dari pejabat Ahmad Zahid.

“Kadang-kadang ia dihantar ke pejabat saya tetapi kebanyakannya saya terima di rumah atau pejabat beliau. Hanya kadang-kadang sahaja dihantar ke pejabat saya,” kata Murali dan menambah, penerimaan cek-cek adalah secara berperingkat-peringkat (staggered) dan di lokasi berbeza.

Murali juga mengaku, selalunya beliau yang mencetak salinan penerimaan cek tetapi tidak tahu, siapakah penghantarnya jika ia dihantar ke pejabat beliau.

Cek yang dihantar ke pejabatnya, kata Murali, dimasukkan didalam sampul surat dan diletakkan di atas mejanya.

Kemudiannya, kata Murali, beliau akan serahkan kepada staf akaun (Akauntan Lewis&Co iaitu saksi pendakwa ke-85, Sothilechmy A/P Veerapan yang berkhidmat di firma itu selama 12 tahun).

Menjawab soalan Ketua Pendakwa, apakah anda melihat isi kandungan di dalam sampul untuk varifikasi?

“Tidak. Ada nota yang memaklumkan sampul itu dari siapa. Ya, nota itu mengatakan dari Datuk Seri,” kata Murali.

Murali juga berkata, 92 keping cek yang diterima, bukan daripada klien-klien Lewis&Co dan tiada dokumentasi di antara beliau dengan Ahmad Zahid.

Murali berkata: “Cek-cek dimasukkan ke dalam Simpanan Tetap di bawah Yayasan Al-Falah.

“Siapa Al-Falah? (soal Ketua Pendakwa)

“Al-Falah ialah sebuah yayasan. Seorang lagi pemegang amanah dalam Yayasan Al-Falah ialah seorang peguam.

“Datuk Seri Zahid bukan pemegang amanah Yayasan Al-Falah,” kata Murali.

Berhubung tentang Yayasan Akal Budi, Murali berkata, beliau pernah mendengar nama Yayasan Akal Budi dan tahu bahawa Datuk Seri Zahid pemegang amanah.

“Ya. Saya tahu Datuk Seri Zahid pemegang amanah… untuk keagamaan (religion) dan bertujuan amal kebajikan (charity). Itu dalam pengetahuan saya.

“Tidak. Saya tidak pernah baca memorandum of association,” katanya.

Pendakwa: Siapa suruh anda buka fail Al-Falah? (Who told you to open Al-Falah’s file?

Saksi: Datuk Seri Zahid.

Pendakwa: Bilakah beliau suruh anda berbuat demikian? (When did he tell you to do this?)

Saksi: Pada mulanya beliau (Datuk Seri Zahid) tidak pasti untuk meletakkan dibawah apa. Di bawah Perjanjian Pembinaan Masjid  di Bagan Datoh, kemudian dibuka di bawah Al-Falah. (Initially he was not sure to put under which. Agreement construction mosque in Bagan Ddatoh then open under Al-Falah.)

Pendakwa: Fail Al-Falah dibuka pada 20 May 2016? Sekitar masa itu? (Al-Falah’s file was open May 20th 201?. Around that time?)

Saksi: Tujuan utama ialah menjaga kewangan Yayasan Al-Falah yang bertujuan keagamaan dan kebajikan, Yang Arif. (Sole purpose to maintain money for  Yayasan Al-Falah for religious and charitable purposes, My Lord.)

Pendakwa: Kesemua RM76 juta dimasukkan ke dalam akaun. Selain cek-cek lain juga ada terima. (All RM76 million banked in to this account. Other cheques also receives. Payable upon signing.

Saksi: Saya tidak mahu keluarkan Simpanan Tetap dan hilang faedah untuk Yayasan. (Took cheques..10 cheques. I don’t want  to oblig FD and loose interest for Yayasan.)

Perbicaraan bersambung esok, hari ke-33 berkaitan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – SM

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button