Rencah Hidup

Ezmeals ajak orang ramai membeli sambil berinfaq

PRODUK makanan Ez Meals tampil dengan kempen yang dinamakan BUDI untuk mengajak orang ramai berinfaq.

Pengarah Eksekutif Ezmeals Solution Sdn Bhd, Hasniza Hassan berkata, sumbangan boleh diberikan menerusi pembelian produk Ezmeals.

“Kempen BUDI itu sebenarnya adalah singkatan kepada ayat Beli Untuk Derma Ikhlas.

“Mereka perlu membeli produk Ezmeals dan pek tersebut akan disumbangkan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Hasniza berkata demikian selepas menganggihkan 200 pek makanan kepada pengunjung Kompleks Campbell baru-baru ini.

Turut hadir dalam program tersebut ialah selebriti terkenal antaranya Datuk Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Ara Johari dan kumpulan Madam.

Bercerita mengenai program agihan makanan tersebut, Hasniza berkata yang perkara itu adalah sebagai langkah untuk memperkenalkan produk Ezmeals.

“Produk Ezmeals memang sangat mudah dihidangkan iaitu dengan koyak dan hidang dan itu yang ingin kita beritahu kepada orang ramai.

“Apatah lagi produk ini juga boleh membantu golongan ibu yang sibuk tetapi ingin memberikan makanan yang lazat dan terbaik buat keluarga mereka,” katanya. -SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button