Nasional

SPRM cari tiga bekas anggota polis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kini sedang mengesan tiga bekas anggota polis bagi membantu siasatan kes SPRM.

SPRM dalam kenyataannya berkata, individu pertama, Azhar Adon, 61, mempunyai alamat terakhir di No. 6, Lorong Tan Sri Abdul Rahman Hashim 8, Taman Desa Baiduri Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

Sementara itu, individu kedua, Rosli Bali, 59, mempunyai alamat terakhir di No. 43, Jalan Wawasan 1/3, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor.

Individu ketiga pula, Yusof Ali, 65, mempunyai alamat terakhir di No. 9, Lot 924, Kampung Kuala Pajam, 43700, Beranang, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Salimatun Farhanim Hishamuddin di talian 03-8891 1666 atau 013-286 0986. -SM

(Visited 322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button