Ekonomi

Exco Keusahawanan Selangor buka peluang perniagaan wanita B40 dan asnaf

EXCO Keusahawanan Selangor melantik Selangor Youth Community (SAY) menganjurkan satu inisiatif program menaikkan taraf ekonomi wanita dari golongan B40 dan asnaf dalam menjana pendapatan melalui perniagaan.

Program Liga Usahawan Wanita Selangor (LUWS) 2023 memberi latihan keusahawanan, sokongan mentor dari industri, sokongan kewangan dari segi pinjaman dan geran serta rangkaian strategik komuniti perniagaan.

Antara persatuan Wanita yang hadir
Antara persatuan Wanita yang hadir

Menurut Pegawai Penolong Pengarah Unit Usahawan, UPEN Selangor, Intan Nur Aqiela Ismail hasrat program ini juga membantu usahawan wanita untuk lebih maju kerana melihat golongan hawa ini adalah tonggak utama dalam keluarga.

“Bermula tahun ini, kami berhasrat membantu wanita B40 dan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan.

“Dari segi bantuan kami beri RM100,000 kepada SAY untuk melaksanakan program perintis ini, kemudian kami akan tengok hasilnya kalau memberangsangkan.

“Mungkin tahun depan akan ditambah peruntukkan untuk mengembangkan lagi program ini,” jelasnya.

Fasa pertama, 100 usahawan wanita diberikan pendedahan melalui seminar mengenai perniagaan dan 20 orang peserta akan dipilih untuk menyertai kursus bimbingan keusahawanan bersama mentor.

Manakala 10 peserta akan diberi peluang untuk membuat pembentangan perniagaan di hadapan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Alhaj dan yang bakal dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Wanita Selangor.

Program dijadualkan bermula pada Mei sehingga Jun ini dan terbuka kepada semua wanita B40, ibu tunggal dan wanita asnaf Selangor.

Untuk penyertaan, boleh mendaftar melalui pautan https://tinyurl.com/LUWS2023. Penyertaan akan ditutup pada 1 Mei 2023. Usahawan yang terpilih akan dimaklumkan dan dihubungi oleh pihak penganjur.

Antara kriteria pemilihan peserta ialah:
● Wanita dari keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,600, asnaf dan ibu tunggal.
● Menjalankan perniagaan di negeri Selangor dan menetap di Selangor. – SM

 

Worldwide antara pemberi sumbagan terbesar pada SAYS

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button