Sukan

Euro 2024 Sepanyol singkirkan Perancis untuk ke perlawanan akhir

Sepanyol bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Perancis 2-1 dalam separuh akhir Euro 2024 yang menghiburkan pada hari Selasa.

Ia hasil  jaringan menakjubkan Lamine Yamal dan gol Dani Olmo untuk mereka menempah tempat ke perlawanan akhir Ahad ini di Berlin.

Perancis meledak gol awal apabila Kylian Mbappe, tidak memakai topeng selepas patah hidung pada awal kejohanan, menyambut bola  hantaran Randal Kolo Muani untuk menanduk masuk dari jarak bagi untuk gol pertama Perancis dalam permainan terbuka pada kejohanan itu.

Yamal menyamakan kedudukan untuk Sepanyol pada minit ke-21 apabila dia melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kawasan penalti lalu menyelit di tepi tiang dan menerjah jaring, menjadikan pemain berusia 16 tahun itu penjaring termuda di Euro atau Piala Dunia.

Sepanyol mendahului empat minit kemudian hasil tekanan berterusan apabila Olmo melakukan sentuhan bijak di dalam kotak penalti dan melepaskan sepakan separuh voli yang menepis pemain Perancis, Jules Kounde.

Perancis memberi tekanan kepada Sepanyol dalam separuh masa kedua dan mencipta beberapa peluang tetapi tidak dapat mencari jalan kembali.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button