Ekonomi

Etiqa General Takaful sumbang 300 unit meter aliran oksigen kepada Hospital Sungai Buluh

PETALING JAYA: Etiqa General Takaful Berhad (EGTB) telah menyumbang 300 unit meter aliran oksigen kepada Hospital Sungai Buloh di Selangor, yang merupakan hospital utama bagi rujukan serta penyelidikan dan pembangunan untuk kes-kes Covid-19 di negara ini.

Hospital tersebut telah mengalami peningkatan jumlah pesakit yang dijangkiti oleh Covid-19 dan kini boleh menyediakan lebih banyak katil dengan alat sokongan oksigen hasil daripada bantuan yang dihulurkan.

Meter aliran oksigen adalah komponen penting dalam merawat pesakit-pesakit Covid-19, kerana ia mengukur aliran oksigen yang diberikan kepada pesakit daripada unit pengeluaran oksigen tersebut.

Alat tersebut boleh digunakan dengan sendirinya atau dipasang pada tangki oksigen.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Takaful Berhad, Shahrul Azuan Mohamed, berkata, Etiqa
General Takaful Berhad merasa berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk membantu Hospital
Sungai Buloh dalam pertempurannya menentang penularan wabak Covid-19 dengan menyumbang
sebanyak 300 unit meter aliran oksigen.

“Dengan peningkatan jumlah kes semasa Covid-19, meter aliran oksigen tambahan akan membolehkan hospital untuk merawat lebih banyak pesakit pada masa yang
mencabar ini,” katanya.

“Walaupun sudah lebih dari setahun sejak negara mula berjuang menentang penularan wabak Covid-19, saya ingin mengingatkan agar anda semua untuk memainkan peranan anda dalam memastikan wabak ini tidak menular lebih jauh lagi. Mari kita terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan, serta memutuskan rantaian penularannya,” tambahnya.

Sejak bermulanya pandemik ini, Etiqa secara aktif telah membantu negara dalam memerangi wabak Covid-19.

Antara inisiatif yang telah kami lakukan adalah menyumbang sebanyak 2.7 juta unit picagari  Low Dead Volume (LDV) yang sangat diperlukan oleh Kerajaan untuk melaksanakan fasa pertama Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, menyumbang kepada pembelian ventilator untuk digunakan oleh hospital yang memerangi wabak tersebut, dan juga memberikan sokongan pencegahan kepada Hospital Kerajaan dengan menyumbang RM10Juta untuk lebih dari 68,000 kit ujian Covid-19.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button