Etiqa bagi rebat kepada pemandu yang terkesan Covid-19
ETIQA melancarkan nilai tambahan ‘Drive Less Save More’ kepada sijil insurans dan takaful motor yang menawarkan rebat sehingga 30% daripada harga premium dan sumbangan berdasarkan jumlah perbatuan.
Nilai tambahan beropsyen ini adalah percuma, dan rebat akan dibayar setiap kali pelanggan membuat tuntutan, tertakluk kepada tempoh minimum sepuluh hari antara setiap tuntutan. Nilai tambahan ini terbuka kepada semua pemandu kenderaan persendirian komprehensif.
Memandangkan kebanyakan umum yang bekerja dari rumah dan mengurangkan pergerakan kerana pandemik ini, orang ramai semakin kurang memandu dan kurang menuntut insurans dan takaful motor mereka.
Sungguhpun dalam keadaan pandemik ini, risiko kecurian kenderaan itu tetap wujud.
Oleh itu, nilai tambah insurans dan takaful ‘Drive Less Save More’ Etiqa diwujudkan bagi membantu orang ramai mengurangkan jumlah pembayaran premium dan sumbangan mereka melalui rebat daripada pengurangan perbatuan kenderaan mereka.
Nilai tambahan ‘Drive Less Save More’ ini akan diberikan kepada setiap pembelian atau pembaharuan insurans atau takaful motor. Para pelanggan hanya perlu menghantar gambar nombor kenderaan dan odometer kenderaan melalui aplikasi mudah alih Smile Etiqa.
Kemudian, para pelanggan perlu memuat naik gambar odometer kenderaan mereka pada bila-bila masa dalam
selangan 10 hari antara tarikh muat naik bagi mengekalkan rebat mereka.
Gambar-gambar yang dimuat naik itu akan menentukan jumlah kebatuan dalam pengiraan jumlah rebat bulanan mereka.
Dalam satu kenyataan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Takaful Berhad, Shahrul Azuan Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa General Insurance Berhad, Fukhairudin Mohd Yusof berkata: “Kami sedar akan pengurangan aktiviti memandu Ketika musim pandemik ini, kerana majoriti orang awam sedang bekerja dari rumah.
“Oleh itu, sesuai dengan visi Etiqa, ‘to make the world a better place’, kami pulangkan sejumlah tunai kepada pelanggan kami yang semakin kurang menggunakan kenderaan mereka dengan menawarkan rebat daripada premium insurans atau sumbangan takaful mereka. Tambahan pula, dengan mengurangkan aktiviti memandu ini secara tidak langsung, kita sedang menyelamatkan alam sekitar.”
Seorang pelanggan baharu, Nur Anis Suhaila, berkata “Drive Less Save More daripada Etiqa ini sememangnya satu nilai tambahan yang amat berguna kepada rakyat Malaysia, terutamanya kepada rakyat yang sedang mengalami kegawatan ekonomi masa ini.
“Rebat tunai sebanyak 30% ini bukanlah jumlah yang sedikit, dan langkah tuntutannya juga tidak sukar hanya dengan memuat naik beberapa keping gambar mengikut kesenangan saya. Dipendekkan cerita, ia merupakan langkah yang amat mudah untuk menuntut rebat yang hebat.”
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Drive Less Save More’, atau sebarang pembelian dan langganan, layari www.etiqa.com.my.