Gajetpilihan

ETE Production buktikan kemampuan anak Melaka bertaraf nasional – Rafiq

ETE Production adalah sebuah syarikat produksi yang beroperasi di Melaka dan dikendalikan seorang pemuda berusia 30 tahun, Muhammad Rafiq Abd Rahman.

Kongsi Muhammad Rafiq, sepanjang penglibatannya dalam dunia produksi, dia dan pasukannya telah banyak menghasilkan pembuatan video pelbagai genre.

Selain terlibat dalam pengurusan acara, ETE Production turut berpengalaman dalam menghasilkan video perkahwinan, produk, animasi, korporat serta musik.

“ETE Production pernah diberi amanah untuk menyediakan video korporat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan-badan kerajaan negeri yang lain.

“Dalam erti kata lain, ETE Production menghasilkan banyak video untuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Kerja Raya (JKR), Belia Negeri Melaka, RTM Melaka, PERKESO serta banyak lagi,” katanya.

Minat yang mendalam juga membuatkan Muhammad Rafiq melakukan anjakan paradigma bahawa orang-orang di Melaka juga boleh mendapatkan perkhidmatan yang serupa.

“Selama ini ramai orang ingat kalau nak buat sesuatu video, syarikat produksinya cuma ada di Kuala Lumpur dan langsung tidak ada di negeri-negeri lain.

“Padahal banyak syarikat produksi yang mampu memenuhi kehendak para pelanggan termasuk di negeri Melaka, cuma antara mereka tahu atau tidak sahaja,” jelas Muhammad Rafiq.

Sebelum memulakan kerjaya sebagai pengarah video dalam syarikat produksinya, Muhammad Rafiq pernah bertugas di UTC Melaka.

“Saya mempunyai diploma dalam jurusan multimedia. Keberanian untuk bertukar arus daripada bekerja makan gaji kepada penggiat industri kreatif sepenuh masa adalah atas idea pegawai saya semasa di UTC Melaka.

“Beliau bukan sahaja memberikan galakan untuk saya lebih serius menguruskan syarikat produksi di Melaka malah banyak memberi sokongan serta modal awal,” jelasnya.

Dalam pada itu, Muhammad Rafiq memaklumkan selain pernah juga menjadi pengarah dan menghasilkan beberapa video muzik artis terkenal Malaysia, dia banyak membantu para usahawan tempatan.

Sesiapapun tidak menyangka muhammad rafiq pengurus ete production yang bertempat di melaka, berjaya menjadi pengarah dan menghasilkan music video artis terkenal malaysia.

“Sejak memulakan perniagaan, saya banyak membantu banyak peniaga yang memerlukan video berkualiti sebagai tujuan pemasaran untuk bersaing dengan lebih sihat.

“ETE Production telah memainkan peranannya dalam membantu para usahawan memiliki video eksklusif untuk tujuan promosi dalam usaha menaikkan imej produk keluaran negeri Melaka.

“Selain itu, saya juga berharap masyarakat di negeri ini khususnya dapat melihat atau menyedari di Melaka sendiri pun ada syarikat produksi yang setanding seperti di Kuala Lumpur iaitu ETE Production,” jelasnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button