MahkamahNasional

Esok penentuan kes Najib Razak

ESOK merupakan hari penentuan kes rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan SRC International.

Ramai bijak pandai di luar sana yang membuat perkiraan atau congakan sendiri sekiranya rayuan bekas perdana menteri ditolak maka hukuman penjara secara total yang perlu dijalani ialah 72 tahun.

Itu satu tempoh yang lama dan dalam bahasa kesatnya, mereput dalam penjara! Akan tetapi, 72 tahun hukuman penjara itu ditolak dan berbaki 12 tahun.

Bagi imbas kembali kes Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau dikatakan bersalah atas pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Ekoran itu, Najib membuat rayuan dan keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya esok.

Penghakiman akan diputuskan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera  Perlu.

Najib boleh dijatuhkan hukuman penjara selama 72 tahun dan denda RM210 juta dan hukuman tersebut berjalan serentak dan ini bermakna, berbaki 12 tahun sahaja.

Terdahulu, Najib merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas beliau didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC.

Najib sebenarnya didapati bersalah atas enam pertuduhan dengan hukuman penjara 10 tahun setiap satu kesalahan dan jika dihitung secara mudah, 6 × 10 tahun = 60 tahun.

Manakala satu pertuduhan dengan hukuman penjara 12 tahun, secara total, jumlah hukuman penjara, 72 tahun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button