Nasional

Esok enam stesen LRT beroprasi semula

BERITA baik untuk pengguna pengangkutan awam. Operasi tren di enam stesen transit aliran ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling yang digantung sejak bulan lalu susulan kerja pembaikan dekat Stesen Bandaraya, akan disambung semula esok.

Rapid Rail dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, perkhidmatan LRT di Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur akan dibuka semula mulai 6 pagi esok.

Menurut kenyataan itu lagi, ia susulan kerja pembaikan sementara (fasa pertama) struktur jejambat dan landasan rosak dekat stesen LRT Bandaraya selesai.

“Operasi perkhidmatan LRT di enam stesen itu diberhentikan sejak 2 April lalu kerana tren yang beroperasi tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

“Faktor kegagalan ini disebabkan tren tersebut tidak dapat kembali ke depoh bagi menjalani kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari lalu,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan yang sama, kerja pembaikan menyeluruh (fasa kedua) struktur landasan dijangka siap sepenuhnya pertengahan Oktober ini dan perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling akan kembali beroperasi seperti biasa.

Tetapi jangkaan itu bergantung kepada penilaian dan kelulusan pihak berkuasa.

Susulan pembukaan semula enam stesen itu, Rapid Rail juga berkata, perkhidmatan bas LRT 11, 13 dan 14 akan ditamatkan.

“Bagi melancarkan perjalanan penumpang, Rapid Rail akan mengaktifkan semula perkhidmatan bas perantara percuma (bas LRT 10) yang akan menghubungkan Stesen LRT Masjid Jamek dan LRT Bandaraya akibat gangguan perkhidmatan antara kedua-dua stesen berkenaan,” ujarnya.

Katanya, perkhidmatan bas perantara itu akan menggunakan 10 bas dengan kekerapan setiap 10 minit.

Menurutnya, penumpang juga boleh menggunakan laluan rel alternatif, di mana penumpang ingin ke Hang Tuah dan Chan Sow Lin, masing-masing boleh menaiki Laluan Monorel KL dan MRT Laluan Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa.

“Penumpang juga digalak menggunakan aplikasi PULSE untuk merancang perjalanan dan mengikuti laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan info terkini,” katanya. – SM Rapid KL lanjutkan waktu operasi pada 15 April sehingga 1.30 pagi

BACA Perkhidmatan LRT masih belum stabil, Anthony Loke mohon maaf kepada penumpang!

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button